Pengambilan kaedah Intensif adalah program pengajian sepenuh masa dalam bidang selaman skuba. Ianya terbuka kepada individu yang tiada pengalaman dan berminat dalam kerjaya selaman skuba rekreasi sebagai kerjaya. Program ini mempunyai dua modul pembelajaran. Kursus ini akan dijalankan sepenuh masa di Kampus Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak selama 3 minggu untuk bahagian teori dan pelajar akan meneruskan pembelajaran bahagian latihan amali di Blue Bubble Scuba Training Centre, Pulau Tioman, Pahang.